Sunday 5 May 2013

TAHNIAH !

Tahniah kepada semua calon BN yang telah berjaya memenangi kerusi masing2 di seluruh negara terutama kepada calon N5  DUN Benta, Dato' Ir Hj Mohd Soffi b Tan Sri Abd Razak serta Dato' Abdul Rahman di Parlimen Lipis, Dato' Mustapa Long di DUN Padang Tengku dan juga Dato' Foong Kung Fuee di DUN Cheka.

Anyway, congratulations to our PM, Dato' Seri Najib bin Tun Razak.

Teruskan memerintah, laksanakan akujanji yang telah dibuat.

HIDUP BN

Thanks from team Media Baru.

Saturday 4 May 2013

MOH RAMAI-RAMAI GI NGUNDI ESOK

Jangan lupa semua !

Esok pagi-pagi  lagi kita pakat ramai-ramai keluar mengundi .

Yang penting,  jangan lupa bawak kad pengenalan dan yang paling-paling penting kita conteng dan memenangkan kedua-dua calon BN untuk kerusi DUN Benta dan juga Parlimen Lipis.

Ingat , jangan beri satu undi pun kepada puak pembangkang !

Sokong BN, Sokong Najib, Sokong Transformasi .

HIDUP BN


Thursday 2 May 2013

DATO' PROF DR SIDEK BABA BONGKAR RAHSIA ANWAR IBRAHIM DI JERANSANG !

Baru-baru ini, warga DUN Benta amat bertuah apabila menerima kunjungan Dato' Prof Dr Sidek Baba, Timbalan Rektor UIAM, seorang pakar akademik yang juga merupakan bekas sahabat karib Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Majlis tersebut diadakan di Kampung Jerangsang pada 28 April 2013. Ceramah beliau amat padat dan berilmiah serta sedikit sebanyak telah memberi pendedahan tentang peribadi Ketua Pembangkang itu. Selain ceramah daripada beliau, satu lagi ceramah yang begitu menyentuh jiwa penonton telah disampaikan oleh anak kampung Tg. Besar, iaitu Dato' Setia Amar Segara Dato' Muda Halim atau lebih mesra dipanggil Chu Mi. Majlis itu telah dihadiri oleh begitu ramai masyarakat sekitar.











Wednesday 1 May 2013

SATU MALAM DI KG LALANG

Zaman serba canggih sekarang ni !
Pemidato duduk jauh nun di Selangor, tapi boleh beri ceramah di Kg Lalang pada masa yg sama. Hah, macamane tu ?

Senang je, tayang aje video ceramah dari mane2 penceramah yang besesuaian. Janji objektif dan matlamat sesuatu program tu sampai kepada audien. 

Ini  lah yang terjadi di Kg Lalang pada 1 April 2013 pkl 9.00 mlm yg menggunakan kaedah video sebagai penceramah....... canggih... memang canggih. Semua audien khusyuk mendengar dan memerhatikan gambar di skrin hingga mereka tak nak pulang sehingga ke pukul 12.00 tengah malam. Syabas.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada Dato' Ir Hj Mohd Soffi b TanSri Abd Razak dan adinda ( wakil calon ) iaitu DatukTaufik yang juga sudi hadir bersama-sama menyaksikan tayangan tersebut.





Tuesday 30 April 2013

NAK CARI KEBENARAN ?

Jika anda ingin mengetahui cerita sebenar berkaitan isu-isu besar politik Malaysia,mari sama-sama kita mengikuti :

CERAMAH PERDANA BERSAMA
USTAZ KADIR JAILANI 

TARIKH     ~ 2 APRIL 2013 ( KHAMIS )

TEMPAT ~BALAI ORANGRAMAI JERKOH

MASA  ~  9.00 MALAM


Ayuh, jangan lepaskan peluang ini !
 Mari bersama-sama kita meriahkan majlis ini.