Thursday 18 April 2013

Pertukaran Calon BN Parlimen LIPIS??

Sebentar tadi Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Dato' Seri Diraja Hj Adnan Bin Haji Yaakob telah mengumumkan pertukaran 3 calon BN untuk PRU13. Pertukaran tersebut membabitkan Parlimen Lipis, DUN Padang Tengku dan DUN Bebar.


Bagi Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad akan menggantikan calon sebelum ini iaitu Datuk Shahrom Osman, manakala tempat Abdul Rahman di DUN Padang Tengku digantikan oleh Datuk Mustapa Long (Pegawai Khas MB Pahang).


Sementara itu, peyandang DUN Peramu Jaya yang dinamakan sebagai calon DUN Bebar iaitu Ibrahim Awang Ismail, digantikan dengan muka baru, Mohd Fakruddin Mohd Arif yang juga merupakan ahli jawatankuasa Bahagian UMNO Pekan.


Sumber: UMNO Online

2 comments:

  1. confirm ke? kalau confirm harapnya keja la bagai dikata...jgn kalah plak nanti!

    ReplyDelete
  2. sahih dah ke?

    ReplyDelete